Penyanyi Adibah Noor telah mendapat pujian dan sokongan ramai apabila tidak pernah berhenti untuk berkongsi ilmu yang dimiliki.

Melalui akaun Instagram (IG) miliknya, Adibah memberi teguran secara terbuka terhadap cara sebutan bahasa Inggeris, Predator dan Tomb Raider.

Adik kakak abang Ini cara nak nyebut PREDATOR and TOMB RAIDER. you're welcome

A post shared by adibahnoor (@adibah_noor) on


Rata-rata peminat memberi respon yang positif malah memuji kerana berkongsi info yang amat berguna.

Adibah turut 'sporting' melayan kerenah peminat dengan soalan-soalan yang lain.

Dalam perkembangan lain, Adibah Noor merupakan juri tetap bersama Afdlin Shauki serta sorang lagi juri jemputan bagi program Super Spontan Xtravaganza (SSX).

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej "tukang masak jalanan" dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej "tukang masak di hotel".

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.


Sumber: Instagram Adibah