Menerusi ruangan InstaStory di Instagram, pengacara Nabil Mahir mendedahkan ibunya telah menerima layanan kasar serta diugut oleh seorang pekerja sebuah pasar raya terkemuka di Kelana Jaya baru-baru ini.

Menurut Nabil, ibunya, Datin Norliana bertanyakan pekerja itu mengenai beberapa perkara berkaitan beras lalu pekerja itu terus memberi layanan kasar sehingga mengugut untuk melemparkan botol terhadapnya.

"Seorang pekerja pasar raya itu berani mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu saya, dan mengugut untuk melemparkan sebiji botol, saya akan bawa perkara ini ke peguam.

"Kalau ibu anda semua diperlakukan sebegitu, apa yang anda akan lakukan?" tulisnya.

Bukan sahaja di InstaStory, Nabil turut memuatnaik sebuah entri dengan menyifatkan pekerja tersebut sebagai seorang yang tidak beradab.





MELAMPAU KURANG AJAR PUNYA MANUSIA! Sapa kenal nama cilaka ni Firzan. Bila Mak saya tanya bin apa, dia kata dia takde bin. Firzan bin Setan la kot. Kurang ajar cakap cibai kat Mak aku. @giantmalaysia #potd #viral

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on


Ekoran perkara itu, Nabil menuntut pihak pasar raya terbabit untuk tampil memberi kenyataan sebelum dia membawa perkara terbabit ke mahkamah.