Penyanyi Mas Idayu dan aktres Elly Suriaty diumumkan sebagai tenaga pengajar baru dan juga juri tetap sesi ujibakat program realiti Akademi Fantasia (AF2016).
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, perlantikan Mas Idayu dan Elly Suriaty adalah berdasarkan latar belakang dan pengalaman dalam industri hiburan tanah air.
“Sedikit kelainan untuk tahun ini di mana dua nama baru telah diperkenalkan dan tidak pernah dibawakan oleh pihak produksi AF sebagai tenaga pengajar.
“Kami telah memilih Elly kerana kita sendiri tahu tentang kredibilitinya dalam bidang lakonan dan pengarahan.
“Saya rasa dah tiba masanya beri peluang kepada bakal pelajar AF2016 untuk belajar seni lakonan pentas daripada seorang bintang yang mempunyai pengalaman seperti Elly.
“Manakala Mas Idayu pula persembahannya dalam Dangsut Star dan juga penglibatannya dalam sebuah program realiti di Indonesia sangat besar.
“Dia juga telah berjaya membentuk seorang penyanyi dangdut baru dan untuk AF kali ini, Mas Idayu akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada di pentas tersebut selain memberi tunjuk ajar kepada mereka.
“Mas Idayu telah dilantik sebagai Guru Persembahan Vokal manakala Elly Suriaty pula adalah Guru Seni Persembahan AF2016,” katanya ketika ditemui pada sidang media AF206 bertempat di Restoran The Appartment, Kuala Lumpur Convention Center pada petang Selasa.
Selain Mas Idayu dan Elly, bekas pengetua AF2015 Edry Abdul Halim turut kembali pada musim ini sebagai Pengarah Seni Muzik.
Dua lagi tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan AF iaitu Linda Jasmine masih lagi merupakan Guru Tarian & Koreografi dan Shahrol pula selaku Guru Vokal.
Dalam pada itu, kesemua barisan tenaga pengajar tahun ini telah dilantik sebagai juri tetap sewaktu sesi ujibakat yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai depan bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.af.com.my
Ahmad Shah
Tue Jun 28 2016
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.