Abang ipar kepada penyanyi tinggi lampai Nita Hamzah telah pulang ke Rahmatullah kelmarin.
Muhammad Zamri Mohd Zain sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 202.4, Lebuhraya Utara-Selatan pada 25 Ogos lalu dilaporkan nazak pada Sabtu lalu.
"Alhamdullah cuaca redup dan perjalanan arwah abang ipar saya sangat mudah.
"Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves, Selangor.
"Damailah di sana Abang Gurik. Al-fatihah," tulis Nita menerusi Instagramnya semalam.
Gempak sebelum ini melaporkan abang ipar kepada bintang Malaysia Idol musim kedua itu cedera apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah treler selepas sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Baca: Abang Ipar & Anak Saudara Langgar Treler, Nita Hamzah Rayu Doa PeminatDalam kejadian itu, Muhammad Zamri, 47, patah kaki kiri manakala anak saudara Nita, Muhammad Azrin Abdullah, 22, koyak lutut kiri.
Takziah kami ucapkan kepada Nita sekeluarga atas pemergian insan tersayang.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita