Penyanyi Shiha Zikir atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir baru sahaja melancarkan single terbaru yang bertajuk Terdetik Rindu, hasil duet bersama Aman Aziz.

Menurut Shiha, dia amat teruja dengan pelancaran single terbaru itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sambutan terhadap single saya sebelum ini amat positif, jadi sekarang saya lebih teruja untuk mendapat penerimaan dari peminat untuk single kali ini.

"Single Terdetik Rindu ini bergenre balada dan ia telah dipilih sebagai salah satu lagu 'soundtrack' untuk filem Langsuir yang bakal ditayangkan tidak lama lagi," katanya.

Video lirik lagu ini sudah mula berada di YouTube sejak beberapa hari lepas.

Shiha ditemui di Kempen Johara Tour bertempat di Mydin Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu lepas.

Shiha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan kini turut berjaya mencipta nama di persada hiburan Indonesia.