Pengarah filem,Aziz M. Osman selamat menimang cahaya mata sempena Hari Kebangsaan semalam.
Isterinya, Puteri Lily Lokman selamat melahirkan anak mereka tepat pada jam 10.23 malam tadi.
Berita gembira itu dikongsi oleh pengarah filem XXY menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
"31 Ogos 2018 10.23 pm... Alhamdulillah," tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Aziz turut menyertakan gambar wajah isterinya bersama bayinya yang dikaburkan sedikit.
Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.
Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di