Isteri kepada pelakon Syamsul Yusof, Puteri Sarah berkongsi pengalamannya menonton filem Munafik 2 ketika sedang hamil.

Menerusi entri di Instagram (IG), Puteri Sarah menjelaskan Syamsul telah memberi amaran padanya untuk tidak menonton filem tersebut kerana mempunyai adegan yang mendebarkan.

"Ramai direct message Sarah tanya boleh ke wanita mengandung tonton filem ini? Well, terpulang pada diri masing-masing dan korang boleh take it ke tak, are you strong enough?

"Husband memang dah beri amaran awal-awal tak bagi kita tengok tapi kita tetap nak tengok. So I did watched it and ada a few parts yang tak tahan I tutup mata. hihihihi. Takutlah pape nanti!

Ramai DM sarah tanye boleh ke wanita mengandung watch it ? Well, terpulang pada diri masing-masing and korang boleh take it ke tak ? R u strong enough ?? . . Husband mmg dah warning awal2, xbagi kita tengok tapi kita tetap nak watch. So I did watched it and ada a few parts yg tak tahan i tutup mata hihihihi . Takotlah pape nanti ! . . So if preggy mommies wanna watch it and enjoy it boleh takde masalah cuma if pape.... pandai- pandailah ye ? happy watching ? . . Klasifikasi P13. With English Subtitles/Arabic Translation. . This film contains dialogue/scenes that some viewers may find disturbing.Viewer discretion advised. . Showing this 29 August for Malaysia,Singapore & Brunei ! (Dipercepatkan/sneak preview) . Bioskop Indonesia pula pada 26 September ini . Munafik 2 juga sedang dlm proses mendapatkan tarikh tayangan di Thailand,Cambodia & Vietnam.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on


"So if preggy mommies wanna watch it and enjoy it boleh takda masalah cuma if apa-apa, pandai- pandailah ye. Selamat menonton," tulisnya.

Munafik 2 tetap mendapat sentuhan pengarah tersohor Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016.

Dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca, Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jar.

Filem seram ini dijadualkan menggegar pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018 (hari ini).