Pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin menarik diri daripada terlibat dalam filem Kalla kerana tidak bersetuju dengan penerbitnya, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim.

Menurut Suhaimi, dia dimaklumkan mengenai perkara itu selepas Wan Hasliza menghantar surat penarikan diri untuk namanya dilucutkan sebagai pengarah filem Kalla.

"Menerusi surat tersebut, Wan Hasliza meminta untuk menarik diri dan tidak mahu namanya diletakkan sebagai pengarah filem ini.

"Penarikan diri itu terjadi berpunca kerana Wan Hasliza tidak bersetuju saya mahu menayangkan filem Kalla pada tahun ini.

"Ini kerana dia ingin tarikh tayangan dibuat di pawagam pada 2019 nanti dan sebagai penerbit saya enggan bertangguh lebih lama lagi untuk tayangan filem ini.

"Selepas keputusan dilakukan kami akhirnya menghormati keputusan dibuat oleh Wan Hasliza dan berterima kasih kerana dia berjaya menyiapkan penggambaran penuh filem ini.

Suhaimi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Kalla di Wow KL pada Selasa.

Filem Kalla akan menemui penonton di pawagam pada 11 Oktober nanti.