Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 26, berkongsi pelbagai respon berbaur kecaman mengenai sebuah karakter yang dilakonkan olehnya menerusi ruangan Instagram Stories.

Semuanya gara-gara watak Aryana yang dibawanya dalam drama bersiri Cinta Bukan Kristal.

Pun begitu, Ayda membalas komen-komen kecaman netizen serta mengucapkan terima kasih kerana menonton drama bersiri tersebut.






Ayda membawa watak seorang gadis yang menjadi orang ketiga di antara pasangan suami isteri lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar.

Ayda tetap mahu mengahwini Sharnaaz walaupun sudah mengetahui lelaki itu sudah mempunyai isteri dan dua orang anak.


Sumber: Instagram Ayda