Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini dalam proses perbincangan bersama kumpulan nasyid UNIC untuk merakamkan single terbaharu.

Menerusi ruangan question di Instagram, Aliff memberitahu dia sudah mendapat tawaran untuk projek kolaborasi itu.

"Saya dapat offer tapi masih dalam tempoh perbincangan," tulisnya.

Jawapan itu mendapat reaksi daripada anggota kumpulan UNIC yang pernah menjadi juara Gema Gegar Vaganza musim pertama tahun lalu.

Malah, netizen juga menyokong hasrat untuk kolaborasi itu.

"Saya setuju. Ini dakwah cara terbaik, daripada kita kecam dan dia semakin menjauh, baik kita bawa masuk halaqah kita," tulis seorang pengguna.

"Lebih baik la duet dengan lagu yang positif dari duet lagu entah apa-apa. So sokong je asalkan lagu sedap dan ada msej yang baik dalam lagu tu," tambah pengguna lain.