Chef terkemuka Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berang apabila ada pihak cuba mengaibkannya dengan menyebarkan fotonya yang lengkap berpakaian wanita di satu acara.

Chef Wan menjelaskan tujuan dia mengenakan gaun merah serta mekap dan rambut palsu itu adalah hanya semata-mata untuk mengikut tema majlis hari jadi seorang rakannya.

Bapa Serina Redzuawan itu kecewa kerana sebuah akaun Instagram (IG) telah cuba mengaibkannya tanpa mengetahui perkara sebenar.

This 2 days saya menerima banyak DM yg mengata kan org ini cuba nak aib kan saya dan sebar kan gambar " Fancy dress party" that i attended 13 yrs ago by this Moda Head of fashion lady Gillian Hung 40th birthday party"

“Dah thema party to " Fabulous Drag" more than 300 tetamu yg datang di syor kan to dress up..Yg lelaki dress as a lady dan perempuan as a man..

“So many suami isteri or couple yg mai took the challenge and ada pertandingan lagi siapa yg bergaya,”katanya

Chef Wan menjelaskan perkara tersebut di IG miliknya.

Menurut Chef Wan, ia hanya majlis santai yang dihadirinya pada 13 tahun lalu, malah turut membawa bersama anaknya ke acara tersebut.

“Saya pergi dengan anak saya yang ketika itu bergambar sebelah saya tapi mereka potong foto itu.
Saya menang top 3 lagi!

“Sakai2 Melayu ni tak ada kerja lain ke nak korek cerita2 dah basi ni untuk aib kan saya dan menyebar fitnah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Chef Wan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

“Saya boleh report police dan saman dia nanti.

“Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari di lubang cacing mana pun si Puaka ini jika nak cari pasal dgn saya,” tegasnya.