Komen pelakon Iqram Dinzly terhadap foto Uqasha Senrose di dalam poster filem Hantu Kak Limah (HKL) yang di muat naik ke Instagram (IG) pelakon wanita itu mencuri perhatian netizen.
“Mata saya di posisi dada,” tulisnya.
Namun dibalas dengan bersahaja oleh Uqasha.
“Aiyoo Iqram dah tengok (filem HKL) ke?,” jawabnya.
Dibalas kembali oleh Iqram yang memberitahu terpegun melihat Uqasha dalam filem tersebut dan menjangka HKL boleh mencecah kutipan sehingga RM40 juta.
“Ya awak, tak terkebil bila Puteri Bunian muncul…Saya target route to 40 millon.
“Apa-apa pun maafkan mata saya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, komen Iqram yang menyentuh mengenai fizikal Uqasha itu dianggap lucah dan kurang sopan oleh netizen.
“Adoi jantan jangan gatal,” komen salah seorang netizen.
Iqram tidak berdiam diri malah membalasnya dan terus berbalah dengan beberapa pengikut Uqasha.
“Ada aku kisah? Aku just nak sokong kasi filem ni meletup sampai 40 juta. Sebab banyak mesej yang tersuarat dan tersiarat. Kau tu yang berfikiran negative,” balasnya.
HKL kini terus mendapat sambutan dan pecah panggung apabila Berjaya meraih kutipan tertinggi sehingga RM32.5 juta dalam masa 18 hari.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita