Bintang rancangan realiti Big Stage, Afieq Shazwan, 21, mengakui dia berpuas hati dengan persembahan yang telah dilakukan di konsert minggu keempat pada Ahad lalu.

Menurut Afieq, dia bersyukur dengan usaha yang dia lakukan telah membuahkan hasil.

"Alhamdulillah itulah usaha yang telah dilakukan dalam tempoh beberapa hari yang diberikan.

"Saya berpuas hati dengan persembahan sendiri pada malam ini kerana telah menambat hati juri dan penonton.

"Saya bersyukur apabila usaha yang telah dilakukan membuahkan hasil selepas empat minggu bertarung di atas pentas Big Stage," katanya kepada Gempak.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, walaupun komen yang telah diberikan oleh juri pada minggu ini sangat positif, saya tidak boleh terlalu berasa selesa dengan persembahan sendiri.

Ketika berlangsung konsert keempat Big Stage, juri tetap Faizal Tahir telah memberi komen yang baik terhadap persembahan Afieq pada malam itu.

Selain Faizal dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertindak sebagai juri tetap, Mas Idayu memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu keempat tersebut.

Pada konsert Big Stage Ahad ini, Afieq akan mempersembahkan lagu Lebih Sempurna nyanyian asal Syamel.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 7 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Afieq, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Syafiq Farhain, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!