Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan teman rapatnya, Ardell Aryana kini sedang berada di hospital selepas menderita sakit yang dialaminya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nadzmi memohon maaf kepada Ardell kerana tidak sempat melawat sahabatnya lebih awal sebelum ini.

"Sorry baru dapat datang jenguk kau, Ardell Aryana. Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya.

"You are the stronges person i know! Strongest among all," tulisnya.

Ardell sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berhubung status kesihatan dirinya hingga berkerusi roda.

Situasi itu mencetuskan spekulasi hingga ada yang membuat andaian pelakon itu menghidap kanser.

Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.