Mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015, pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly yang lebih mesra dengan panggilan Syamel kini bukanlah nama asing dalam indsutri muzik tanah air.
Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya Hidup Dalam Mati di awal kemunculannya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu Lebih Sempurna hasil nukilannya sendiri.
Tidak cukup dengan itu, Syamel lanjut mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu Aku Cinta.
Selepas melancarkan lagu Biar Cinta tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul Kau Pun Sama.
Lagu Kau Pun Sama juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik dengan bantuan panduan vokal dari rakan duetnya Ernie Zakri.
Berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, Kau Pun Sama merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu.
“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak pantas keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan.
"Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut.
Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan catchy.
Kamaruddin Razal
Mon Aug 27 2018
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.