Pelakon dan pengacara Elfira Loy telah mengacara satu konsert besar buat pertama kalinya pada Ahad malam lalu.

Menerusi InstaStory miliknya, dia telah membuka ruangan 'Ask Me A Question' untuk peminatnya memberi komen tentang konsert tersebut.

Rata-rata pengikutnya telah memberi pujian dan komen yang positif kepada Elfira kerana tidak menggunakan 'cue card' ketika mengacarakan konsert tersebut.

"Perform. Tak nampak macam kali pertama langsung. So natural!."

"Hebat sangat. Jarang tengok hos tak pakai cue card."

"Its superb best tak nampak kekok pun. You look amazing and cute kak El.

"I enjoy the konsert tadi. Terbaiklah El coz tak guna cue card langsung, lepas ni dah boleh hosting program lain."

Malah ada peminat yang mendoakan suatu hari nanti Elfira akan menjadi pengacara yang tersohor.