Menjelang 31 Ogos tidak lama lagi, vokalis rock terkenal, Amy Search bersama Monoloque berganding bahu merakam sebuah lagu istimewa berjudul, Tanah Airku Tanah Airmu Jua yang didedikasikan buat Malaysia.

Seperti mana karya masing-masing dua penyanyi popular ini dahulu, sudah tentu mereka mahu tampilkan kelainan dari aspek lagu dan penyampaiannya.

Kali ini, Monoloque menampilkan kumpulan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka berduet dengan Amy Search untuk projek khas ini.

Menerusi muzik video itu yang boleh ditonton menerusi YouTube, rakaman lagu ini dijalankan pada 3 Ogos lalu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menariknya, rakaman lagu itu dibuat secara langsung.



Amy Search turut memuatkan naik cerita di sebalik rakaman lagu tersebut menerusi Instagramnya, @aku.amysearch menyatakan rakaman ini juga disertai kumpulan pancaragam dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

"Dengarkanlah “Tanah Airku Tanah Airmu Jua” khas buat ibu pertiwi di gedung digital tersedia #Spotify #Joox #AppleMusic #kkbox dan saksikanlah kisah #PeristiwaNakhodaMatLelaDerhaka di YouTube #VEVO saluran monoloQueVEVO," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi