Pelakon Saharul Ridzwan tampil memberi penjelasan selepas dikritik oleh netizen apabila memberi makan pada anaknya, Muhammad Luth Ali ketika sedang mengantuk.

Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul berkongsi video gelagat anaknya yang sedang mengantuk sambil menikmati makanan.

"Jangan ditahan-tahan mata tu Ali kalau nak tidur.

"Menjawab soalan dan nasihat yang diberikan terima kasih semua sebab bagi nasihat.

"Rasanya masing-masing lebih tahu ragam anak sendiri kan, kadang-kadang tahan mata taknak tidur, meraung guling-guling nak ikut Baba kerja takpun mintak makan chocolate.

"InShaaAllah, tidaklah kami nak seksa anak sendiri. Susulan dari video ini, Ali tidur dengan lena dan nap selama 4 jam. Terima kasih sekali lagi," tulisnya.

Jangan ditahan2 mata tu Ali kalau nak tidur. Zzz. ? . ❤️Menjawab soalan dan nasihat di bawah: Terima kasih semua sebab bagi nasihat. Rasanya masing2 lebih tahu ragam anak sendiri kan, kadang-kadang tahan mata taknak tidur, meraung guling2 nak ikut Baba kerja takpun mintak makan chocolate. ? InShaaAllah, Tidaklah kami nak seksa anak sendiri. Susulan dari video ini, Ali tidur dengan lena dan nap selama 4 jam. Terima kasih sekali lagi. ?

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Rata-rata melahirkan rasa bimbangan susulan ia boleh mendatangkan bahaya kepada Ali kerana dia dalam situasi separa sedar.

Kebanyakan netizen menasihati Saharul supaya menidurkan Ali terlebih dahulu sebelum memberinya makan kerana risau perkara yang tidak diingini berlaku.