Penyanyi Ismail Izzani mengakui selesa untuk berkawan baik dengan bintang Big Stage, Sarah Suhairi.

Menurut Ismail, dia menafikan menjalinkan hubungan cintan dengan Sarah dan berharap orang ramai untuk tidak memperkatakan mengenai perkara itu.

"Kalau ikut logik akal soal cinta bukan mudah. Lagipun saya dah Sarah selesa berkawan baik.

"Sikap kami tak banyak beza. Kami gila-gila jadi bila bertemu tak rasa kekok.

“Namun, apabila ada yang minta kami bercinta, itu saya rasa kurang manis. Takut menimbulkan rasa kurang senang kedua-dua pihak.

"Jadi, sebaiknya perkara seperti ini tidak diperkatakan kerana kami tidak bercinta pun," katanya.

Pada konsert Big Stage Ahad ini, Sarah akan mempersembahkan lagu Ddu-Du Ddu-Du nyanyian asal kumpulan Blackpink.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Sarah, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini

Sumber: Harian Metro