Pengikut Instagram (IG) Datin Elvina Mohamad menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Datuk Haniff Borhan.

Elvina, menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.

"Girl or Boy?" tulisnya ringkas.

Girl ?? or Boy ?? ? #22weekspregnant ??

A post shared by A Little Lady ? (@elvinamohamad) on


Usia kandungan Elvina yang kini bakal memasuki enam bulan dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada hujung tahun ini.

Rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Elvina bakal melahirkan seorang bayi perempuan selepas melihat bentuk perutnya.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Elvina dan bayinya sentiasa sihat.

Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.