Ahli kumpulan K-pop DIA, Jooeun terkejut selepas mendengar khabar yang mendakwa dia kini sedang menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih dengan ahli kumpulan BTOB, Sungjae.

Jooeun menegaskan dirinya tidak pernah mengenali Sungjae secara dengan lebih rapat.

"Saya terkejut selepas membaca gosip cinta saya dengan dia. Saya langsung tak pernah menghubunginya secara peribadi.

"Segala tuduhan yang dilemparkan tidak benar sama sekali kerana saya dan dia memang tidak pernah rapat," katanya.

Dalam pada itu, agensi pengurusan Jooeun dan Sungjae turut menafikan dakwaan tersebut.

Namun begitu, Jooeun tidak pernah menidakkan yang dirinya pernah bertemu dengan Sungjae secara kebetulan di acara atau majlis.

Sumber: Allkpop