www.bigstage.com.myBintang rancangan realiti Big Stage, Sarah Suhairi, 18, mengakui persembahan minggu keempat ini agak sukar baginya.

Menurut Sarah, pada minggu ini dia akan membawa sebuah lagu K-pop di pentas Big Stage.

"Untuk lagu K-pop minggu ini adalah cabaran yang sukar bagi Sarah untuk menyanyikannya.

"Lagu tersebut dinyanyikan oleh empat orang tetapi Sarah akan menyanyikan seorang diri pada malam itu.

"Sarah akan memberi fokus kepada sebutan dan akan cuba kurangkan pergerakan kerana imej Sarah yang bertudung ini," katanya.

Sarah atau nama sebenarnya Sarah Suhairi berkata, dia akan cuba melakukan persembahan sebaik mungkin supaya terus menambat hati juri dan penonton.

Pada konsert Big Stage Ahad ini, Sarah akan mempersembahkan lagu Ddu-Du Ddu-Du nyanyian asal kumpulan Blackpink.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Sarah, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!