Nama usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan selepas ditegur oleh netizen mengenai tarian dalam lagu terbarunya, Bobo Di Mana.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Aliff telah memuat naik foto paparan skrin yang menunjukkan dialog di ruangan 'Ask Me Question' bersama netizen tersebut.

"Lagu Bobo Di Mana memang best, cuma tariannya sahaja yang berbaur lucah, kalau boleh tukarlah tariannya," tulis netizen.

"Okay, nanti saya tukar cara tarian dan buat video baru, saya akan cari penari yang boleh mengajar saya," respon Aliff di ruangan kapsyen entri tersebut.

ok nanti sy tukar kan dan buat vedio baru yee.. sy akan cari penari yg akan ajar..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Di ruangan komen, beberapa netizen berpendapat kemunculan Nur Sajat dan Lucinta Luna dalam video itu agak kurang disenangi.

Video lagu yang mencetuskan kontroversi ini sudah mula berada di YouTube sejak enam hari yang lalu.

Sumber : IG Datuk Seri Aliff Syukri