Bermacam foto dan status mengenai ibadah korban dikongsi di media sosial semalam termasuk gambar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama seekor kucing menarik perhatian netizen.

Dalam salah satu foto bersama status terbaru Ahli Parlimen Muar itu di Instagramnya,@syedsaddiq semalam, beliau melakukan aksi menutup mata kucing yang dipercayai ketika beliau berada di lokasi ibadah korban.

Dengan nada gurau, Syed Saddiq menyatakan beliau membantu kucing tersebut daripada melihat darah haiwan korban.

Cat can’t stand the sight of blood from korban, so i helped out ?✌?

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Menariknya, komen netizen pada statusnya itu membuatkan khalayak lain terhibur.

"Helluuu, pulisss...tengok ni ada YB dera kucing haa!," kata netizen yang dikenali sebagai @rhea_amaryllis.

Banyak komen netizen juga memuji aksi beliau bersama kucing tersebut dianggap comel.

"OMG, you so cute," kata @jiaaaakhan_.

Begitu juga beberapa netizen meletakkan komen 'Bata' merujuk pada selipar yang dipakai Syed Saddiq dalam foto itu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @syedsaddiq