Pelakon Jasmin Hamid mengingatkan pengikutnya di Instagram (IG) supaya sentiasa mendoakan kesihatan orang yang lebih tua.

Menurut Jasmin, dia mahu orang ramai yang masih mempunyai datuk dan nenek supaya tidak merasa jijik untuk mencium mereka.

"Pada semua yang masih ada atuk dan nenek, sama-sama kita doakan untuk mereka di panjangkan umur dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

"Pada yang dah tak ada atuk dan nenek, jangan putus berdoa untuk mereka agar Allah tempatkan mereka di dalam syurga Firdaus.

Pada uols yang masih ada atuk dan nenek, sama-sama kita doakan untuk mereka di panjangkan umur dan sentiasa dalam peliharaan Allah.. Pada yang dah tak ada atuk dan nenek, jangan putus berdoa untuk mereka agar Allah tempatkan mereka di dalam syurga Firdaus.. ZIARAHLAH dan tanyalah khabar mereka .. JANGAN sesekali ada rasa jijik untuk MENCIUM mereka.. Limpahkanlah kasih sayang uols pada mereka supaya anak-anak kita juga akan menyayangi kita.. AAMIIN.. #artismalaysia #kiss #love #kasihsayang #grandma #grandchildren #ibu #nenek #nenekku #pintuSurga #redhoallah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


"Ziarahlah dan tanyalah khabar mereka dan jangan sesekali ada rasa jijik untuk mencium mereka.

"Limpahkanlah kasih sayang anda pada mereka supaya anak-anak kita juga akan menyayangi kita. Amin," tulisnya menerusi entri di Instagram.