Pelakon Noorkhiriah mendedahkan taraf pendidikannya selepas salah seorang peminat mengajukan soalan terbabit kepadanya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Noorkhiriah menjawab soalan peminat yang bertanyakan tips bagaimana hendak masuk ke universiti.

Menurut Noorkhiriah taraf pendidikannya hanya sampai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

"Salah tanya ni dik. Akak ni kolej pun tak pernah masuk, apatah lagi Universiti dik.

“Akak (sekolah) sampai tingkatan 5 sahaja, itu pun (keputusan) pangkat tiga,” jawabnya.

Jawapan bersahaja dan rendah diri Noorkhiriah itu menarik perhatian pengikut laman sosialnya.
View this post on Instagram

?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on