Selepas menerima teguran daripada pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan mengenai video tarian yang dilakukannya itu.

Aliff yang berterima kasih di atas teguran tersebut memberitahu dia melakukan video itu atas urusan kerja.

"Terima kasih Kak Dina (Wardina)...terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

"Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak," katanya.


Aliff menjelaskan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Serentak dengan penjelasan itu, Aliff juga telah memadam video tariannya bersama Sajat dan Lucinta Luna berkenaan.

Video yang mula tular di media sosial itu menunjukkan ketiga-tiga mereka menari dalam tarian yang diberi nama #bobodimanadancechallenge