Beruntung bagi sesetengah individu yang diseru ke Baitullah bagi melengkapkan rukun Islam kelima; mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.

Tambah pula berpeluang ke Tanah Suci pada usia yang masih muda dan punyai kudrat yang masih kuat.

Bagi golongan selebriti, jolokan itu bukan penghalang untuk menunaikan ibadah haji dan ini antara selebriti yang sudah bergelar haji dan hajjah pada usia muda.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza



Selepas beberapa kali mengerjakan umrah, penyanyi nombor satu negara itu menunaikan haji bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa pada tahun 2007. Ketika itu Siti berusia 28 tahun.

2. Neelofa



Pengacara MeleTOP itu menunaikan haji bersama ibu dan bapanya pada tahun 2016.

Neelofa ketika itu berusia 27 tahun.

3. Hafiz Hamidun



Pada tahun 2016 juga, ketika berusia 32 tahun, penyanyi itu menunaikan haji di Tanah Suci.

4. Mizz Nina



Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan sejak berhijab dan telah menunaikan haji pada tahun 2013 bersama-sama suaminya, Noh Salleh.

Ketika itu usia Mizz Nina ialah 34 tahun.

5. Nabil Ahmad



Pada usia 32 tahun, Nabil berpeluang menunaikan haji bersendirian bersama 21 jemaah lain dalam rombongannya.

6. Fouziah Gous



Tahun ini pula, pelakon tinggi lampai Fouziah Gous dan suami berpeluang menunaikan haji ketika usia 35 tahun.

7. Rossa



Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani pernah menunaikan umrah dan haji pada tahun 2002.

Rossa ketika itu berusia 34 tahun.

8. Krisdayanti



Diva popular Indonesia itu pernah menunaikan haji bersama bekas suaminya, Anang Hermansyah pada tahun 2004.

9. Oki Setiana Dewi



Oki tahun lalu telah mengerjakan haji bersama suaminya Ory Vitrio, ketika itu Oki sedang hamil enam bulan.

10.Nia Ramadhani



Nia, 28, bersama suami telah berangkat ke tanah suci pada minggu lalu.