Penyanyi dan pelakon jelita, Faradhiya berkongsi pengalaman membuang lemak dengan menggunakan mesin senaman terbaru yang dikenali sebagai Virtual Gym.

Bagi merasai pengalaman pertama kali itu, dia mencuba mesin senaman terbaru yang dipasang pada lengan, perut dan kaki yang berupaya membuang lemak pada seluruh badan.

Pada sesi senaman yang berlangsung selama sejam, ia dikatakan mampu membakar 5,000 kalori dengan membuang lemak pada organ dan bawah kulit.

Apa yang uniknya mengenai mesin senaman berharga hampir setengah juta ringgit ini yang digunakan di pusat rawatan kecantikan Hannan Medispa Wangsa Maju, Faradhiya hanya perlu baring sebelum dilekatkan pelekat yang disambung menerusi wayar pada mesin tersebut.

"Tak sakit tapi penat macam baru lepas joging," katanya kepada Astro Gempak.



Selepas 20 minit menggunakan mesin senaman itu, Faradhiya mengakui mula merasai perubahan pada anggota badan seperti getaran tenaga elektrik masuk ke dalam badan.

"Macam ni kot rasa nak beranak," katanya bergurau.

Bagaimanapun, Farahdhiya menyatakan dia sering melakukan senaman seperti berjoging pada waktu pagi untuk kekal sihat.

Dibandingkan 5,000 kalori yang dibakar menerusi mesin senaman tersebut untuk satu sesi, Farahdhiya pula mengakui dia lebih aktif melakukan senaman dan berjalan sehingga membakar lebih 3,000 kalori menerusi senaman manakala 30,000 langkah sehari.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak