Penyanyi Zayn Malik mengakui dia sudah bersedia untuk memberi komitmen terhadap hubungan percintaannya bersama Gigi Hadid.

Menerusi Daily Star, bekas anggota kumpulan One Direction itu dilaporkan telah melamar teman wanitanya itu dan bersedia untuk menjadi suami kepada Gigi.

"Zayn sangat dilamun cinta dan ingin membuktikan kepada dunia bahawa dia komited dengan hubungannya dengan Gigi dan sangat mencintai wanita itu.

"Malah dia juga berhasrat untuk memperisterikan Gigi kerana sudah bersedia untuk bergelar seorang suami," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Namun, Gigi dikatakan selesa dengan fasa hubungannya dengan Zayn ketika ini malah masih belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

Zayn mula menjalinkan hubungan cinta dengan Gigi sejak tahun 2015.


Sumber: Daily Star