Pelakon cantik Hannah Delisha kini bergandingan dengan aktor Hisyam Hamid dalam drama bersiri terbaru slot Megadrama, Alamatnya Cinta.

Menariknya, Alamatnya Cinta merupakan drama bersiri adaptasi siri popular Korea, My Full House.

Pertama kali bergandingan, Hisyam dan Hannah membawa watak sebagai Faliq dan Ellie dalam drama bersiri arahan Bernard Chauly ini.

Alamatnya Cinta mengisahkan mengenai dua insan yang mempunyai personaliti berbeza jatuh cinta.

Menariknya, drama bersiri ini menampilkan banyak aksi menarik yang ditampilkan oleh watak Ellie lakonan Hannah.

Ellie ditampilkan sebagai seorang gadis cantik yang cerah dan yakin serta terserlah persona dalamannya.

Apakah rahsia Ellie, yang membolehkan dia kekal cerah dan seri dari dalam, walaupun mengharungi pelbagai cabaran setiap hari dan bukan sekadar mempunyai kecerahan luaran sahaja?

Rahsia ini telah dibongkarkan dan ia adalah NIVEA Extra Whitening Deodoran dan NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion yang boleh membangkitkan cerah dan seri Ellie.



Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta yang bakal menghangatkan kaca televisyen anda bermula 20 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD!

Selain itu, penonton dapat memenangi peluang untuk memenangi sesi Hi-Tea eksklusif bersama Hannah Delisha dan Daiyan Trisha dengan mengikuti langkah mudah iaitu melengkapkan slogan “Keserian / Keyakinan amat penting untuk saya kerana…”

Tertakluk pada terma dan syarat, layari http://bit.ly/NIVEASRBA_TnC untuk maklumat lanjut!