Biarpun Euro 2016 sudah berakhir namun nama kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo masih lagi menjadi bualan.

Walaupun mereka menewaskan pasukan tuan rumah dengan 1-0 namun detik cemas yang berlaku pada minit kelapan di mana Ronaldo telah dikasari oleh pemain Perancis Dimitri Payet tidak akan dilupakan oleh penyokong Portugal.



Paling menyedihkan apabila Ronaldo mengalirkan air mata pada minit ke -24 selepas disahkan tidak meneruskan perlawanan akibat kecederaan lutu kiri dan menyebabkan penyokong Portugal turut sebak.

Disebabkan kecederaan tersebut, Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 tidak dapat meneruskan permainan dan Portugal terpaksa bermain tanpa pemain terbaik dunia itu.

Bagaimanapun aksi Ronaldo ketika berada di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan berlangsung mencuri perhatian peminat bola seluruh dunia

Difahamkan Ronaldo yang cedera telah memberikan yang terbaik kepada pasukannya dengan ‘mengambil alih’ tugasan sebagai pengurus pasukan Portugal.

Aksi Ronaldo itu telah dirakam dan mula dikongsi oleh peminat melalui media sosial sejak semalam dan menjadi viral.

Rata-rata komen yang diberikan menerusi video viral tersebut adalah positif dan respek dengan tindakan CR7 itu.

Di sini Astro Gempak kongsikan video Ronaldo untuk tatapan pembaca di bawah: