Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menyelar tindakan yang dilakukan oleh usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurut Wardina, video yang dikongsikan oleh Aliff Syukri amat meloyakan dan tindakkannya itu terlalu kertelaluan.

"Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah.

"This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya

"Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya.

yes or no tarian ni?? siapa tak zabar nak tngok muzik vedio kami??? tag kawan korang yg pastinya lagu ini bakal mengegarkan asia.. . . ini baru prektise tarian baru... nantikan muzik vedio #bobodimana yg menelan cost paling mewah sebanyak 2meliar rupiah tak lama lagi... dan jom join #bobodimanadancechallenge dan tag kan kami @nursajat02 @aliffsyukriterlajaklaris dan @lucintaluna sbb 3pemanang akan dimaklumkan nanti ..kalau nak tmgok full vedio boleh tngom di chanel youtube kami tvterajaklaris ciptaan @gebby.vesta_

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women! I mean I have seen dumb things before but I think he just crossed the line there.

"Dato tak perlu buat begini Dato. Jangan nyanyi pulak nanti ye. I could still accept Dato Vida, but this is another level," tulisnya.

Semalam, tular di media sosial video tarian Aliff Syukri, Sajat dan Lucinta Luna dengan mengajak orang ramai mengikut tarian mereka yang dinamakan #bobodimanadancechallenge.