Ayat spontan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang ditujukan kepada penyanyi Haqiem Rusli ketika mengadakan persembahan bersempena Love Suria Charity mencuri perhatian ramai.

“Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi mampos Haqiem Rusli,” katanya bersahaja.

Petikan video persembahan tersebut yang menyaksikan Noh memetik nama Haqiem itu telah dikongsi oleh salah seorang pengunjung yang hadir di persembahan tersebut.

Status dan petikan video yang dikongsi di laman Twitter milik penonton itu telah menarik perhatian peminat Haqiem.

Peminat Haqiem telah berang dengan kata-kata Noh dan secara tidak langsung telah mempertikaikan gelaran Haji yang dimilikinya.

Bagaimanapun, peminat Noh tidak berdiam diri malah turut tampil mempertahankan penyanyi pujaan mereka dengan menjelaskan ia hanyalah gurauan semata-mata.