Pelakon dan pengacara popular, Neelofa menafikan dakwaan dia sengaja memakai sepersalinan baju yang terlebih dahulu diinginkan oleh seorang aktres menerusi pentas KLFW2018 baru-baru ini.

Kata Neelofa, dia tidak dapat melihat posting atau kemaskini akaun pelakon wanita berkenaan memandangkan sudah disekat sejak sekian lama.

"Saya tidak dapat melihat Instagram individu itu sebab saya sudah kena block sejak beberapa tahun lalu.

"Kalau pun tidak disekat, macam mana saya nak 'keep up' dengan setiap post, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?

"Koleksi yang ditunjukkan di KLFW adalah Ready-to-Wear, maksudnya bukan one piece untuk one person.

"Siapa-siapa di luar sana semua boleh memakainya, tak ada masalah untuk tengok lebih daripada seorang yang pakai," katanya memetik laporan Melodi.

Komen @neelofa mengenai isu baju yang digayakan ketika di pentas KL fashion Week tempoh hari dan Isu baju beliau yang sama dengan seorang pelakon lain. Komen penuh Neelofa dalam Melodi, 12.00 Tengah Hari di TV3! #MelodiTV3

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3) on



Kecoh di media sosial apabila peminat kedua-dua pelakon wanita ini seolah-olah cuba melaga-lagakan mereka menerusi pemilihan pakaian tersebut.

Neelofa menyarung sepersalinan blaus dan seluar sequin daripada koleksi Stardust daripada Innai Red yang diperagakan pada KLFW untuk mengacarakan MeleTOP.

Sebelum itu, aktres wanita yang sudah berkahwin itu pernah memuat naik hasratnya menginginkan pakaian yang sama di Instastories miliknya ketika pertunjukan berlangsung seminggu sebelumnya.

Aktres itu juga pernah sekali menggayakan blaus sequin itu sebelum Neelofa memakai keseluruhan set untuk mengacarakan MeleTOP pada Selasa lalu.