Aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra akhirnya mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular Hollywood, Nick Jonas semalam (Sabtu).

"Taken... With all my heart and soul," berikut merupakan kenyataan ringkas yang ditulis Priyanka, 36, di laman sosial Instagramnya.

Manakala, Nick turut memuat naik foto serupa dengan kapsyen romantis: "Future Mrs. Jonas. My heart. My love."

Lebih mencuit hati, Nick turut menulis komen di ruangan gambar Priyanka menyifatkan lelaki yang berjaya mencuri hati Miss World tahun 2000 itu sangat bertuah.

"Wow congrats. He's the luckiest guy in the world," tulisnya berserta emoji hati.

Dengan termeterai ikatan pertunangan ini, Priyanka dan Nick menjawab segala teka-teki yang selama ini berlegar antara kedua-dua bintang tersohor antarabangsa ini.

Nick, 25, hadir bersama keluarganya dengan memakai pakaian tradisional India dan melaksanakan beberapa ritual sebelum majlis bermula.

Majlis pertunangan itu berlangsung ringkas di hotel JW Marriot, Juhu, India dan dihadiri oleh keluarga rapat sahaja.

Bagaimanapun, tarikh perkahwinan pasangan itu masih dirahsiakan.

Jom lihat gambar-gambar menarik sepanjang majlis pertunangan Priyanka dan Nick.

Taken.. With all my heart and soul..

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on

Future Mrs. Jonas. My heart. My love.

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas) on

The only way to do this... with Family and God. Thank you all for your wishes and blessings ??♥️?

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on