Pelawak dan penyanyi Achey menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33 tahun pada hari ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Achey berkongsi video hadiah yang diberikan isterinya, Nor Hasanah Yahya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.

"Simple sangat tapi nilainya teramat tinggi. Thank You @anne_achey @tiara_zinnirahofficial 17.8.2018," tulisnya.

Rata-rata mengakui terkesan dengan video yang dikongsikan itu dan mendoakan agar Achey bakal menimang cahaya mata sendiri suatu hari nanti.

"@fazlin_asykin: Happy birthday Acheyy. Sis hati tak kental kalau tengok orang menangis mesti nak join."

Yang terindah @anne_achey @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


"@syuhaidah_90: Happy Birthday Achey. Semoga murah rezeki dan panjang umur, seriously menanggis tengok, faham perasan Achey saya pun dah 3 tahun menanti cahaya mata."

"@maira.fifi: Adoiii mata masuk habuk sudah. Semoga @acheykintangkintung dimurahkn rezeki dan panjang umur serta bahgia hingga ke Jannh dan terus swèet bersama dgn @anne_achey. Semoga Tiara menjadi anak yang Solehah. Amin."

"cella_7956: Selamat hari lahir Achey. Ya Allah pagi-pagi buka IG Achey dah menangis. Sayunya. Semoga dimurahkan rezeki korang."

"@syarfadelia02: Ala nak pergi kerja ni. Dah hujan lebat airmata. Happy Birthday Achey. Semoga sentiasa bahagia bersama Kak Anne dan Baby Tiara."

Yang terindah @anne_achey @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Sekadar info, Achey, 32, atau anam sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya, 28.

Mengenai perkembangan lain, Mamak kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).