Kecoh di India apabila foto anak perempuan pasangan Rani Mukerji dan Aditya Chopra, Adira viral di Instagram.

Menerusi kapysen foto tersebut, Rani dilihat seperti sedang memuji kecomelan anaknya yang dilahirkan pada 9 Disember tahun lalu.

Namun pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu tampil menafikan dakwaan foto tersebut adalah milik anaknya.

Dipetik menerusi Pink Villa, pihak yang mewakili Rani mendakwa foto tersebut adalah palsu belaka dan tidak pernah mempunyai sebarang akaun media sosial.

“Rani Mukerji tidak mempunyai akaun media sosial. Terlalu banyak akaun palsu menyamar sebagai Rani. Saya minta orang ramai tidak mudah terpedaya,” jelas wakil Rani.

Sejak melahirkan Adira, Rani dan suami mengambil pendirian untuk tidak berkongsi foto-foto anaknya kepada umum.