Pasangan popular Hollywood, Zayn Malik dan Gigi Hadid mengakui hubungan mereka yang pernah putus adalah pengalaman terbaik yang memberi pengajaran kepada mereka.

Menurut sumber, Zayn telah banyak berubah setelah dia kembali bercinta bersama model terkenal itu.

"Zayn sangat bersyukur kerana diberi peluang kedua dan dia tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

"Gigi akui teman lelakinya itu bersikap lebih baik dan romantis setelah mereka kembali bercinta buat kali yang kedua," kata sumber.

Namun begitu, pasangan ini tidak pernah membuat kenyataan tentan perancangan menamatkan zaman bujang mereka buat masa ini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org