Penyanyi rap popular Hollywood, Cardi B, 25, telah melahirkan anak pertamanya, Kulture pada bulan lepas.

Beberapa minggu selepas Kulture dilahirkan, Cardi menyatakan dia ingin menimang cahaya mata kedua tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

Terkini, penyanyi rap ini telahpun membuat keputusan untuk menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.

"Cardi dan pasangannya, Offset, 26, telah besepakat untuk mempunyai anak kedua pada tahun hadapan dan mereka akan usahakannya.

"Cardi sangat bertanggungjawab terhadap keluarga dan mencintai kehidupannya sebagai seorang ibu," kata sumber.

Cardi B mulai aktif di industri hiburan Hollywood pada tahun 2015 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com