Pelakon Jasmin Hamid berkongsi foto terbaru aktres veteran, Wan Maimunah yang masih menerima rawatan di hospital menerusi laman Instagram miliknya.

Ditahan di Wad Kenanga 2B, Hospital Alor Gajah, Melaka, Jasmin memaklumkan bahawa pelakon yang mesra dipanggil Ibu itu sedang dirawat kerana penyakit asthma dan kemungkinan terkena jangkitan kuman paru-paru.

Assalamualaikum sayangku semua.. . . Keadaan terbaru salah seorang kakak kesayangan saya, Seniwati Wan Maimunah @ibu_maimunah masih lagi tidak sihat seperti yang saya khabarkan sebelum ni dan beliau masih berada di Wad Kenanga 2B,Hospital Alor Gajah, Melaka kerana penyakit ASMA dan Kemungkinan jangkitan kuman paru -paru. . . Memandangkan RAMAI YANG BERTANYA pada saya, bagaimana caranya jika ingin memberi sumbangan buat beliau.. DENGAN KEIZINAN BELIAU, saya paparkan ACCOUNT NUMBER pada YANG INGIN hulurkan sumbangan buat beliau.. Bila kita ringankan beban orang lain, ALLAH juga akan ringankan beban kita.. Marilah kita sama-sama berdoa buat beliau supaya ALLAH sembuhkan penyakit beliau dan panjangkan usia beliau.. . . - LEMBAGA TABUNG HAJI - Wan Maimunah Binti Abdul Aziz - 060801000048704 . . Dengan SEDEKAH akan dapat panjangkan umur kita.. Aamiin.. @persatuansenimanmalaysia @finasmalaysia #artismalaysia #hospital #asthma #asthmaattack #lelah #ayerkeroh #ayerkerohmelaka #sedekah #mother #ibu

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Jasmin juga berkongsi nombor akaun milik Ibu untuk peminat yang bertanya bagaimanakah caranya untuk memberikan sumbangan kepada aktres terbabit.

Sebelum ini, pada akhir November 2016, Ibu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.

Teks: Kamaruddin Razal