Gelagat suami isteri, Shuib dengan Siti Sarah sentiasa mencuit hati ramai peminat mereka apatah lagi jenaka mereka itu dikongsi menerusi media sosial.

Dalam status terbaru, Siti Sarah memuat naik video di Instagramnya, @sitisarahraisuddin menunjukkan dia mengenakan suaminya itu yang datang ke kereta mereka ketika penyanyi itu duduk di tempat memandu.

Shuib yang cuba membuka pintu bagaimanapun gagal sehingga Siti Sarah bertindak memandu kenderaan itu dan suaminya terpaksa berjalan kaki.

Lebih malang, Siti Sarah hanya membuka tingkap sebelum suaminya itu cuba membuka pintu dengan tangannya sendiri tapi tidak berjaya sebelum memecut kenderaan meninggalkan Shuib.

Apa macam? ini baru permulaan .. sila hadam? @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Netizen beranggapan Siti Sarah bertindak membalas dendam pada suaminya itu yang sebelum ini merakam gambar curi ketika dia sedang asyik makan ayam goreng di sebuah restoran.

"Saya tak ungkit tapi balas tetap balas," kata Siti Sarah dalam komen di statusnya itu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi