Pengikut Instagram (IG) Datuk Fizz Fairuz masih berteka-teki mengenai jantina anak ketiganya bersama isteri, Datin Almy Nadia.

Sebelum ini, menerusi muat naik foto di IG Fizz yang menonjolkan 'baby bump' Almy, peminat meneka pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi.

BACA: Fizz Fairuz Muat Naik Foto Baby Bump Almy Nadia, Peminat Teka Baby Girl

Terbaru, apabila Fizz berkongsi sekeping foto terkini yang menampakkan perut Almy, rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Almy bakal melahirkan seorang bayi lelaki pula.

"@lianni_mohd: Tengok bentuk perutnya macam baby boy. In Shaa Allah."

"@tok_eijam: Wah anak lelaki nih. Cuba tengok kalau tak percaya cakap saya."

"@emysuriana: Pregnant ke. Baru tahu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat melahirkan baby.

"@mamazuras@eiya_syira: Tengok muka Datin Almy cantik beseri tu mesti anak lelaki, kalau muka kita tak cantik mesti anak perempuan."

"@ila.dila.12382: Macam baby boy je tu."​

Hantu kak limah serang tc hahahahaha ... ?‍♂️?‍♂️?‍♂️?‍♂️?‍♂️?‍♂️?‍♂️?‍♂️

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on


Sehingga kini Fizz dan Almy masih belum mengesahkan mengenai jantina anak ketiga mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.

Teks: Rozaimi Zubaidi