Penyanyi, Fara Hezel, 22, menjadi peserta pertama yang tersingkir di konsert Big Stage malam tadi.

Menurut Fara, dia kecewa kerana tidak dapat melakukan persembahannya dengan sebaik mungkin.

Fara menyanyikan lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya pada konsert minggu kedua Big Stage.

"Masalah bermula apabila saya berasa tidak selesa dengan baju yang dipakai pada malam itu.

"Diikuti dengan tekak dan suara saya yang kering ketika persembahan sedang berlangsung.

"Saya rasa agak kecewa kerana tidak dapat melakukan persembahan itu dengan sebaik mungkin," katanya.

Tambah penyanyi Setiaku Pasti itu, dia terkilan kerana tidak menyangka akan tersingkir pada minggu kedua.

"Saya tidak menyangka akan tersingkir pada malam ini kerana beranggapan mampu untuk terus bertahan sehingga minggu keempat atau kelima.

"Mungkin rezeki saya untuk terus berada di dalam program realiti Big Stage hanya setakat ini saja dan berharap rakan seperjuangan yang lain akan meneruskan dengan lebih baik," katanya kepada Gempak.

Fara ditemui usai program realiti Big Stage di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!


Teks: Noor Zulaikha Yusof