Pelakon Adeline Tsen mengakui tidak pernah menggunakan pengisar makanan seumur hidupnya.

Adeline membuat pengakuan itu selepas Chef Anis Nabilah meminta bantuannya mengisar buah-buahan di dalam program Eat Clean With Anis episod 9 yang akan ditayangkan pada malam ini .

Menurut Adeline, kebiasaannya dia akan meminta orang lain untuk mengisar makanan yang diperlukan di rumah.

Menerusi episod kali ini, Adeline selaku artis undangan membantu Chef Anis menyiapkan dua menu sihat iaitu Vegetarian Pasta Baked dan Berry Coconut Smoothie.

Sambil memasak, Chef Anis turut berkongsi pelbagai tips memasak bagi pemakanan yang bersih atau eat clean buat penonton.


Ingin tahu apakah resepi enak dan sihat dalam Eat Clean With Anis kali ini? Saksikannya di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134), jam 7.00 malam ini.