Pelakon cilik, Puteri Balqis memberitahu dia kini sudah kembali berlakon selepas berehat seketika.
Balqis menerusi Instagram (IG) miliknya akui rindu untuk kembali menjayakan penggambaran.
“Rindunya ‘shooting’. Hari pertama penggambaran selepas lama berehat,” tulisnya.
Balqis yang sebelum ini difahamkan jatuh sakit kerana menghidap barah itu memberi bayangan dia kini sudah semakin sihat.
Dalam kapsyennya Balqis menyertakan hashtag #gettingbetter (semakin baik).
Pelakon berbakat besar itu juga berkongsi dua keping fotonya ketika berada di lokasi penggambaran.
Foto: IG Puteri Balqis
Teks oleh: Syafiqah Jalal