Sejak kebelakangan ini, tular isu penjagaan anak selepas penceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Baru-baru ini, Angelina mengeluarkan kenyataan bahawa bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada enam orang anak mereka iatu Maddox, 16, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, Knox, 10 dan Vivienne, 10.

Ekoran dari perkara tersebut, Brad tampil menafikan kenyataan itu dan menyatakan dia tidak pernah melakukan perkara demikian malah telah membiayai lebih dari jumlah yang sepatutnya.

"Brad telah menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarganya walaupun selepas penceraian bersama Angelina, dia juga menyifatkan bekas isterinya itu cuba berdrama dengannya.

"Apa yang Brad mahukan adalah penyelesaian yang baik dan adil dari pihak mahkamah terutamanya dalam kes hak penjagaan anak-anak mereka," kata sumber.

Brad dan Angelina telah menggemparkan persada hiburan antarabangsa dengan berita penceraian mereka pada September 2016.


Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org