Bintang remaja, Mia Sara Nasuha, 13, berkongsi beberapa keping foto dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta ibukota baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke wad berkenaan.

"Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni-murni je ya," tulisnya menerusi entri terkini malam tadi.

Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni murni je ya. Nite ? . . . #iamsick #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on


Perkongsian Mia itu menarik perhatian peminat serta kenalan selebriti termasuk Achey dan Lisa Surihani yang bertanyakan keadaannya.

"Mama Lisa call papa ya. Mia tak tahu nak explain," jawabnya ketika disoal punca penyakitnya.



Mia terus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang mengajukan pertanyaan punca dia dirawat di wad terbabit.

Teks oleh: Amri Hassaan
Foto: @therealmiasara