Penyanyi terkenal Hollywood, Miley Cyrus, 25 , bersama tunangnya pelakon Liam Hemsworth, 28, menyatakan mereka saling mencintai antara satu sama lain tetapi kemungkinan besar, mereka tidak akan berkahwin.

Pasangan ini tidak merasakan perkahwinan adalah satu perkara yang diperlukan walaupun kedua-dua selebriti ini telah komited dalam hubungan mereka.

"Formaliti dalam percintaan tidak dipentingkan oleh pasangan ini, bagi mereka, perasaan cinta dan saling menyayangi adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah hubungan.

"Walaupun mereka telah bertunang, itu adalah bukti mereka telah komited tetapi Miley tidak mahu untuk berkahwin," kata sumber.

Sebelum ini, pasangan ini pernah berpisah buat seketika dan telah kembali bercinta sehingga kini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com