Pelakon Lisa Surihani terpaksa mengorbankan masa dia bersama anak-anaknya selepas membuat keputusan untuk kembali aktif semula dalam lakonan.

"Setiap kali saya keluar rumah, saya akan rindukan mereka. Tetapi, demi kerja, saya kena lakukan jua," kata Lisa.

Tambah pelakon berusia 32 tahun ini, sebelum dia keluar untuk pergi bekerja, dia akan memberitahu dan menerangkan dulu kepada anak sulungnya, Yahaira Leanne supaya dia lebih memahami.

"Saya katakan kepada anak yang saya harus pergi bekerja. Saya dan suami kena bekerja keras untuk kakak dan adik.

"Suatu hari nanti, kakak dan adik kena jaga diri sendiri juga dan memikul tanggungjawab untuk menjaga keluarga," katanya kepada Gempak.

Lisa ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem Wheely yang diadakan di GSC Pavillion baru-baru ini.

Filem ini bakal ditayangkan bermula 16 Ogos di seluruh Malaysia.


Teks: Noor Zulaikha Yusof